Saudara Saudari

Makanan dimakan bikin S-XXL

Semua orang makan. Tapi makan yang dimakan berbeza setiap bentuk geografi muka bumi. Contohnya orang dekat barat makan makanan berunsur gandum seperti roti sebab itulah mata mereka hijau (xtau betul ke tidak). Kalau dekat asia ni terutama malaysia , nasi tidak boleh dipisahkan daripada menjadi bahan makanan ketika lapar , kalau setakat makan roti memang tak memenuhi kuota perut yang kosong untuk diisi. Sampai bayi berumur 8 bulan pon dah diberikan nasi penyet yang dikisar dengan karot , ayam dan sebagainya yang sesuai. Tapi dalam kita sedap menghadap makanan ada yang berlapar disebabkan kurang bahan mentah untuk dimakan. Makanan seperti rumput sudah biasa dimakan asal dapat mengurangkan rasa lapar. Di Malaysia kita perlu merasa bertuah tatkala makanan dihidang dengan pelbagai jenis citarasa. Tidak hairanlah kalau orang barat datang Malaysia dan makan masakan berlauk mereka makan satu-satu sampai sambal belacan pun mereka hirup sampai menangis kepedasan. hahahhaa...punyalah Malaysia kaya dengan menu mengahadap makanan. Nasi memang makanan utama tetapi sebab kegemukan adalah nasi. Kalau anda memakan nasi lemak berapa banyak kalori yang perlu dihadamkan oleh sistem organ pencerna makanan? sampai teori mengatakan apabila makan nasi lemak kena berlari sebuah negeri barulah kalori dapat dikurangkan. Aku nak bercerita pasal makan nasi sejuk. Kalau itik diberikan nasi sejuk mesti gemuk dan debab. Tak percaya cubalah sendiri pada diri anda. Inilah yang berlaku pada aku duk sedap dan nak berjimat duit makan nasi bajet (nasi putih ayam goreng) sampai makan nasi 2 kali sehari pun dah naik badan walaupun sudah mengurangkan makan. Payahnya nak turunkan berat badan. Padahal aku bukanlah gemuk cuma mahu kelihatan kurus. Itulah sebabnya pakar pemakanan sendiri tidak mengesyorkan nasi sebagai makanan dalam diet kerana ia kurang berkesan. Makanan yang sesuai ketika diet adalah seperti buah-buahan , susu , daging( tidak makan secara berlebihan dan tidak bersama nasi) dan sebagainya. Cerita pasal pemakanan lagi tentang sebuah bangsa iaitu ISrael. Pemakanan seorang manusia dijaga daripada mereka berada di dalam kandungan. Wanita yang mengandung telah diberikan pedoman pemakanan yang sempurna untuk perkembangan otak dan kesihatan bayi , tidak hairan kalau mereka mampu menggegar dunia sedangkan mereka bangsa yang dilaknat. Kalau di Malaysia , si ibu pula sibuk dengan petua pemakanan untuk mencerahkan kulit bayi. Sungguh kelakar sampai kicap pun tidak berani disentuh oleh siibu , punyalah nak menjaga kulit bayi supaya tidak gelap. Ada ulama pula cakap , ini perbuatan syirik kerana ia merupakan sebuah perlakuan karut dan tidak mahu tunduk kepada hukum Allah. Yang ni aku malas komen , tapi kadang2 betul juga dan ada yang tak betulnya kerana kalau dilihat tuhan telah menjadikan sesuatu dengan fitrah dan hukum karma namun kuasa tuhan itu lagi besar dengan "kun fayakun" maka jadilah walaupun kita merancang kerana tuhan itu lagi maha merancang segalanya. Ada manusia yang sudah diet tapi masih kelihatan gemuk? kenapa? inilah dinamakan fitrah , kita memang boleh merancang tuhan lagi maha merancang . Jangan risau mungkin tuhan kurniakan mendung kerana selepas itu kita dikurnia pelangi. Sekian sahaja.

0 comments: