
Sebenarnya takda kena mengena pun dengan gambar diatas. Hanya propa dpd aku. Pagi ni disaat keyboad ni laju menaip setiap bait2 perkara yang terlintas rasa nak bermasabah diri. Terkejut dengan satu berita tentang seorang KAWAN, Tak percaya sebenarnya tapi bila nilai diri aku balik aku pun tak sempurna. Tak boleh salahkan sesiapa mungkin bila sunyi kesepian macam2 boleh jadi. Apa pun tuhan tu maha pengampun dan sudah termaktub sebelum tertutupnya pintu taubat. Pengalaman aku sendiri banyak mematangkan aku yang sebenarnya kadangkala lupa dengan ilmu yang dimiliki. Ingat tapi jadi hanyut sebab manusia dan tekanan emosi. Ada orang jadi gila sebab manusia dan ada orang jadi gila sebab kata-kata. Terpulanglah kepada diri sendiri. Aku sendiri cari jalan untuk setiap permasalahan sebab aku tak nak terus berada dalam posisi yang jauh daripada karma. Benda yang paling kuat untuk aku terus berdiri dan berkeyakinan adalah "KUAT"..Aku kena kuat dan korunk semua kena kuat dan sabar. Jangan melabel orang lain BODOH sedangkan kita sebagai manusia fitrahnya saling membimbing. Tidak ada asbab untuk menjatuhkan sesama manusia kerana kita sendiri tahu kita dicipta dengan perasaan kasih dan sayang. Apa yang biasa sekarang ? Yang hodoh adalah sampah hingga betul2 menjadi sampah masyarakat dan yang cantik itu perlu dipuja.. DONT JUDGE IT BY ITS COVER.. Kita sendiri yang menjahanamkan sesama manusia. Ikut pengalaman aku bila tengok kawan-kawan yang tidak berkawan bukan kerana mereka tidak mahu berkawan tetapi kerana mulut manusia dan kritikan manusia kadang-kadang melawak tak kena tempat dan gaya. Sedih kadang-kadang , tapi apalah yang boleh kita buat untuk mengubah mentaliti. Umpamanya pesakit sejuta orang dan doktornya hanya seorang. Tak mampu memberi rawatann sempurna kepada pesakitnya.

Terkejut dan jangan melatah!!!!!!!!!!!FIKIR cara dan selesaikannya!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mungkin ada sebuah jawapan dan perkataan untuk dilafazkan? atau sekadar ingatan dan sempadan untuk kita renungkan? Memandang dan membiarkan? Menyelesai dengan penyelesaian? Maaf dengan penuh tersirat aku berkata-kata untuk melindung segala macam sandiwara. HIDUP INI ___________________________________(10 patah perkataan)
0 comments:
Post a Comment