Bersabahat itu indah.. Kita akan lupakan masalah..kita akan lupakan kekusutan..Gelak ketawa bersama itulah saat manis dikala remaja. Hari ini kalau kita susah sahabat menjadi penyuluh tapi betul ke? ada kawan jenis lupa kawan. Lupa jasa seorang kawan. Jangan la korunk seperti kacang lupakan kulit. Ada sahabat hanya senyum dan tertawa bukan dengan kita tetapi dengan orang lain. Aku percaya korunk semua ada kawan dan banyak suka dan duka bersama kawan. Bagi aku kawan seperti kita menikmati coklat. Nikmatnya akan hilang dan terhapus kerana ianya seketika. Ini realiti!!!!!! Mungkin dikala dewasa kita akan dipisahkan dengan alam pekerjaan yang berbeza-beza .. mana nak masuk bro~ tapi kalau korunk berkawan atas dasar jalinan persahabatan korunk takkan seperti macam tu la sebabnya kita akan menghargai kawan. Kawan inilah tempat meluahkan rasa kerana kawan itu ada bersama kita lebih dari keluarga. Sebut pasal kawan. Jangan salah pilih kawan kerana kalau tersalah anda akan binasa. Hari ini berapa ramai pengaruh dadah , rokok , seks bebas , menyamun dan sebagainya kerana RAKAN SEBAYA!!!!!!!! Bijak la sedikit pemuda pemudi harapan bangsa.. andai dalam kalangan kalian sendiri mengangkat darjat orang yang layan semua menda tu adalah KETUA. Pasti negara ini akan hancur. Ingatlah kawan-kawan.. Perdana menteri kita pada hari ini bukan hidup sampai kiamat. Akan mati juga..Siapa lagi mewarisi takhta? kalau bukan kita pemuda pemudi harapan bangsa. Kalau tak percaya korunk pergi kesekolah , berapa orang sangat murid dalam sekolah yang boleh dipercayai? hancur bila berada disekolah menengah. Kenapa dan Mengapa? Nak salahkan cikgu sekolah rendah? PUIIIIIIIIIIIIII~ cikgu sekolah menengah mana? Apa peranan? kalau setakat garang , merotan bila dah kantoikan kes. Tak payahla..Sila lucut jawatan anda sebagai guru displin , nasi sudah menjadi bubur. Hendak mendidik dari peringkat akar umbi , sebelum nasi menjadi bubur baik perlahankan api , kurangkan air dalam periuk. Faham? heheheh....Mudah sahaja, kalau anda guru yang bijak kenalah pandai tackle hati murid untuk membuat perkara yang baik dan bermoral , ini tidak... duk asyik pentingkan mengajar , bila dah ada masalah baru nak bertindak , buang sekolahlah ,gantung sekolahlah. Aku rasa ni bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah , ini menambahkan kekusutan pelajar itu sendiri. Agak2 korunk teori yang macam mana hendak aku huraikan sebagai petua? pertama , guru perlu bijak untuk menawan hati murid(jangan goda pula) seperti jadikan perwatakan guru sebagai ikutan , didik mereka seperti kita didik anak sendiri , ajar mereka dengan nilai-nilai yang sempurna. Satu lagi aku tak berapa setuju , kalau setakat ceramah , kaunseling bikin nangis tak payahlah. Tak makan saman , berubah seminit dua lepas tu macam tu jugak. Budaya sekolah kena betul agar murid-murid membudayakan sampai keluar sekolah. Kebanyakan sekolah harian sekarang ini macam tak betul. Terlampau sosial , cikgu pula buat tak endah , tak pandai nak tarik hati murid. Bagi aku , kita sebagai roll-model...terima kasih, sekian sahaja bebelan untuk anda semua dipagi buta ini.
0 comments:
Post a Comment