
Ini memang kali pertama bangun pagi takda kelas aku tak tidur balik sebab sebagai latihan sebelum pergi praktikal dimana pada waktu kejadian aku kena bangun awal. Aku bukan nak buat tazkirah pagi untuk korunk tapi saja merapu dan meraban untuk mengisi ruang kosong masa ini. Tapi sebenarnya lebih baik bercerita pasal pagi. Apa yang terbaik pasal pagi ini. Semestinya pagi merupakan waktu yang tenang , damai , sejuk , lapang , selesa , SEDAP TIDUR , dan sebagainya yang tak boleh diungkap. Sebenarnya pagi mempunyai pelbagai rahsia , kenapa? Sebab dari segi ilmiah memang membosankan untuk diceritakan , kita lihat dari sudut zahiriah iaitu yang boleh dilihat. Contohnya ayam dan burung , kenapa mereka berkokok , berkicauan riang dipagi hari ? Sebab tuhan tu memang bersifat kesempurnaan , kerana sering memberi peringatan dan kurniakan ilham untuk manusia berfikir. Bukan kerana kicauan burung dan kokokan ayam yang merdu itu memberi ilham tetapi sebagai petanda kita harus bangun dan merebut segala peluang pintu rezeki yang telah dibuka. Tak Hairan kalau ada makcik jual nasi lemak bawah pokok waktu pagi-pagi boleh pakai gelang besar kabel elektrik sebab masa pagi adalah permulaan pintu rezeki dibuka dan sebelum habis baik kita rebut. Semua perniagaan pun bermula dari pagi sampai ke larut malam :) ngee~
0 comments:
Post a Comment