Saudara Saudari

Duit OH Duit..

Ambo Gilo Pitih
Sebenarnya mak ayah aku sendiri pelik dan hairan dengan aku.. Diorang cakap anak mak ni pandai cari duit.. huhuhu..bangga doh...alasan aku mudah.. aku nak berdikari dan dengan duit sendiri tu aku boleh buat apa saja.. Sebab tu lah bila menda yang aku mintak semua dapat.. Bukan nak cerita aku dari golongan berada tetapi family aku standard sederhana saja.. adik beradik aku 3 orang je...kakak aku suami dia la tanggung , dia pun bekerja.. tapi kadang-kadang bila mak ayah aku tanya, mana dapat duit ni sampai tak mintak-mintak duit belanja.. Puas aku mengelak nak jawab.. alasan aku mudah sahaja "JIMAT". Tapi bila kata mak dan ayah ni , naluri diorang memang kuat.. bila aku jawab macam diorang ragu2 dengan jawapan aku.. almaklumlah kenal sangat dengan anak yang sorang ni memng pemboros... hahahah..itu memang aku akui... dalam 3 orang adik beradik aku yang kuat belanja dulu. Tapi bila aku naik saja umur 20 tahun dulu (now 22) aku nk berubah.. nak cari duit sendiri dan taknak menyusahkan mak ayah.. sampai la mak ayah aku pelawa nak belikan kereta Gen2 or MyV or Viva.. aku tolak..aku mintak kancil saja untuk hadiah harijadi aku.. Aku taknak menyusahkan diorang bayar bulan-bulan.. Aku cakap dengan mak aku.. " Mak... As student lagi , jadi kalau pakai kereta macam ni nanti keluar duit banyak .. " tapi yang paling aku bangga waktu tu.. mak aku senyum dan menjawab " jangan menyesal sudah, mak ngan abah dah pelawa"... aku ketawakan aja... tapi apa pun , walaupun saat aku terasa nak bergurau bila sunyi , aku telefon mak ayah aku,, biarla diorang berleter pasal ini itu...tapi akhirnya diorang ketawa jugak..hahahha...aku tak hairan kalau orang nak pulaukan aku sebab aku masih ada mereka yang menyayangiku. Cerita pasal sumber duit itu memang rahsia la.. sebab aku taknak korunk terkonban dengan helah aku...hahahha.. bukan aku penipu tapi malas nak berkempen dalam blog yang suci ini..Apa pun nak cakap dengan korunk , mesej sebenar yang ingin aku sampaikan... biar kita lapar , jangan sampai mak ayah kita berlapar kerana ingin memberi duit kepada kita.. biar kita tunjuk miskin depan orang lain walau kita mampu dan janganlah kita nak tunjuk kita banyak duit sedangkan kita tak mampu.. Dalam dunia ni memang dah banyak kawan aku tengok macam tu.. Amboii dress up bukan main.. ahaksss..last2 kantoi jugak jam itu milik saya dan bukan milik beliau...dan sebagainya... Memang dari kecik lagi bila aku nak barang dari mak ayah aku... aku memang mintak yang sederhana.. melainkan kalau alat belajar memang aku cerewet dan mak ayah aku sedia maklum dengan perangai aku. Tapi hasilnya , aku tak pernah mengecewakan mereka ketika peperiksaan... last sekali ~ duit bukan segala-galanya tetapi maruah kita , identiti kita itu penting sebagai persepsi ketika berhadapan dengan khalayak...Jangan bermegah dengan sekelumit nikmat sehingga membuat kita berlebih-lebihan sampai tak tertanggung bebanan hutang.. lai lai lu...chowww....

0 comments: