Saudara Saudari

JPP


Sebut saja perkataan JPP kalau dekat Universiti maka persepsi pelajar akan mengatakan.. sebuah kepulauan yang dipinggarkan manusia kerana manusia di dalam pulau itu terlampau lurus dan bendul.. puiiiiii~ itu persepsi pak pandir yang tahu membaca , menaakul dsbg. Elok sangatlah kerajaan terapkan 4M kepada kanak-kanak , baru boleh fikir secara waras. Ini tidak , setiap yang berkepimpinan maka perlu kita jauhkan sebab mereka adalah tali barut.. puiiii~ ni bukan zaman Jepun nak main barut-barut. Zaman sekarang ni setiap yang bertanggungjawab perlulah membela hak serumpun. Hari ini tarikh 15hb Januari 2011 aku dengan rasminya ditauliahkan menjadi seorang JPP. BUkan untuk dibangga atau dikesalkan tetapi suatu penyiksaan untuk difikirkan. Tapi prinsip hidup aku ni .. suka atau tak suka biar selup pekasam sampai pangkal lengan. Bila orang percayakan kita maka kita beri kepercayaan kepada orang lain. Tapi ~ macam mana? Sebab hidup sosial manusia sekarang ni lain. Mengikut fahaman keparat untuk dirapati. Sumpah aku tak hafal berbillion kerenah manusia macam tu. Bila aku langkah sahaja dalam jawatankuasa ini , memang macam pening , nampak mudah tapi susah(banyak meeting). Pendapat aku adalah untuk membangkang perlembagaan yang diwujudkan oleh pentadbir yang tidak pernah wujud dalam AKTA174 atau pekeliling yang dikeluarkan. Bagi aku , kampus ini tempat untuk mendidik bakal guru dan bukan menyiksa bakal guru , setuju? Macam biasa soalan aku mudah.. Wajarkah sesuatu peraturan semata-mata menjaga sekelumit masalah tapi akhirnya memberi masalah yang lebih besar lagi? Soal pintu pagar perlu pentadbir kaji semula. Lihatlah Jepun , bagaimana angka seratus tahun pemantapan rakyatnya dengan mengkaji setiap peraturan hidup mereka lebih bermakna kerana meraka tahu hitam dan putih sesuatu keputusan. Nak bina bangunan pun kaji dahulu kesan-kesan dan kelebihan. Tapi Malangnya kita di Malaysia tidak mampu untuk menstrukturkan keperibadian ini kerana kebanyakan keputusan lebih bersifat personal dan untung masing-masing. Perlu penjelasan lebih sebenarnya. Kalau hendak dimodelkan cara hidup sihat kampus yang berkesan , mengapa tidak dilatih dari akar umbi persekolahan terlebih dahulu : ).. sebab sememangnya kesilapan besar bermula dari sana. Budaya sekolah di bawa peralihan ke Universiti. Tidak hairanlah UITM sebuah IPTA tempatan yang pesat membangun pernah mencatatkan berjuta ringgit diperuntukkan untuk menstruktur semula frasarana akibat daripada vendalisme. Topik kali ini bukan untuk membawa anda tersasar jauh dari landasan tetapi ingin anda semua fikir , kepimpinan yang mutlak sekiranya anda sebagai menaungi payung kepimpinan memberikan kerjasama , tidak menyisihkan pemimpin , rasional dan faham dengan tugas seorang pemimpin dSBG. Belum lagi buka cerita manusia yang gila merampas kuasa. Banyak cerita jugak mengikut pengalaman hamba..huahuahuahua...tapi berhenti setakat ini dahulu kerana banyak pekerjaan yang harus diselesaikan... Assalamualaikum

0 comments: