
Bila cerita pasal roda aku teringat pula serita waktu kecil. Kisah basikal baru yang di beli oleh abah. Basikal itu masih ada lagi sehingga usia aku 21 tahun tapi tak Nampak rupa dah. Bila cerita pasal basikal , nak je kongsi cerita pengalaman aku diselamatkan oleh seorang lelaki warga india. Ceritanya macam ni , petang tu aku memang nak test power basikal baru tu , memang kayuh laju-laju turun bukit cerun sekitar kawasan rumah aku. Bila kayuh laju maka berputarlah roda dengan lajunya, hahahah… ada kaitan juga ni dengan topic kali ini. Nak dijadikan cerita , sedang asyik mengayuh setibanya jalan mati yang dibawahnya adalah cerunnya yang amat tinggi brek basikal aku keras tak boleh nak tekan. Aku waktu tu kalau lah kejadian itu berlaku sekarang ( masalah ) dah tentu aku tak jerit biar saja mati jatuh cerun. Aku jerit sekuat hati , abah pula berlari kejar aku , nasib baiklah ada lelaki berbangsa India baru sahaja keluar dari rumah jiran aku dan perasan lalu menerkam laju kearahku dan menahan basikal itu macam adengan aksi Spiderman, hahahahaha. Itu cerita pengalaman aku tentang aku dan roda basikal. Berbalik kepada topik.
Hidup ini kawan-kawan semua nak tau ( kalau ada) macam roda. Kadang-kala kita berada dekat atas , kadang kala kita berada dekat bawah , kadang-kala kita bahagia dan gembira bila roda berpusing tapi akhirnya boleh menimpa musibah. Aku tak nak cakap banyak , lihat saja kawan-kawan sebaya dengan kita semua yang mati bersama roda. Ahakss….jawapannya MAT REMPIT.. mereka khayal dan asyik dengan kelajuan roda mereka dijalan raya tapi akhirnya riwayat mereka tamat dengan penuh tragis. Maka moleklah kiranya sekiranya aku nak kaitkan sedikit pengalaman aku tentang kehidupan aku yang berbeza dari manusia lain ni. Hidup aku , tak pernah ada kegembiraan , lebih kurang kalu gembira pun dalam 5 tahun hanya ada 5 jam sahaja kegembiraan aku. Sekejap sahaja ianya berlalu. Aku boleh bilang dengan jari siapa yang membuat aku tertawa dan sebagainya. Tapi , kehidupan teknologi zaman kini banyak merubah hidup aku , malangnya bukan seperti keindahan sekiranya kegembiraan itu lahir dari sahabat sejati dan bukannya maya. Aku bukan hendak menolak sahabat maya ni , tapi macam ianya terlalu boneka. Perkenalan begitu indah , tapi indah khabar dari rupa sebenarnya : ) maaf kawan-kawan maya. Anda yang terbaik dalam hidup aku , tapi biasalah manusia bagi betis nak peha. Bila cerita pasal kegembiraan , semuanya atas diri aku untuk megembirakan hati. Hari ini sekiranya aku bertemu ruas , esok lusa mungkin aku bertemu semalu , mungkin bertemu jerung di lautan dalam. Semua itu dugaan dalam kehidupan. Tetapi , semua yang pahit tu tak boleh aku nak cuci dari kepala otak ini. :’( Saat paling sedih bila orang yang kita anggap kawan baik macam saudara , menikam kita dari belakang dan mengeluarkan ayat “ lantak kau la!!!” :’( Rasa gugur jantung dan di cucuk-cucuk jarum peniti yang banyaknya kira2 segenggam kot : )… Itulah asam garam kehidupan , dulu bukan main mesra , bila ada ketiga, keempat dan kelima :’( korunk pun faham la kan. Apapun kepada pembaca sekalian , aku nak tegaskan kepada anda semua , jangan mudah mengalah macam aku , kerana aku terlampau lemah dan aku sudah sesat jalan , tapi aku berjanji akan bangkit semula apabila tiba waktu dan masa yang sesuai dan aku juga berjanji tidak sesekali berdendam dengan sesiapapun hatta kamu adalah musuh dalam selimutku yang masam ini… : ) BE STRONG AND BEHAVE YOUR SELF ( penyuntik untuk diri sendiri )
0 comments:
Post a Comment