

Bila waktu raya sahaja semua bahagian abdomen haiwan korban semuanya jadi habuan. Sampailah isi perut , kulit , ekor , otak , tel** dan LIDAH. Huhuhu.. saja besarkan saiz tulisan lidah tu bagi korunk semua Nampak betul-betul topik kali ini. Pandangan aku dalam kehidupan ini , sebab lidah manusia berpecah , sebab lidah manusia bermusuhan dan seangkatan dengannya. Bukan pandangan aku sahaja , dalam islam pun dah jelaskan bagaimana jenayah lidah boleh membinasakan. Lidah merupakan salah satu daripada alat artikulasi manusia untuk menghasilkan bunyi bahasa dan gabungan bunyi bahasa itulah mengahasilkan frasa-frasa dan klausa-klausa yang kurang enak diperdengarkan. Jangan pulak korunk fikir lidah untuk bercomolot.hahahaha… Pernah tak dengar cerita sebab pertengkaran lidah antara adik beradik sampai putus saudara. Sebab lidah ni kalau tak jaga dan tak kuat iman di dada memang boleh sebar khabar angin atau saintifik lagi FITNAH. Aku menyampah kadang-kadang nak dengar pengakuan orang ni. Selalunya benda yang aku Tanya adalah benda yang aku tahu dan sengaja aku Tanya untuk menguji orang tersebut. Dari situlah dapat melihat orang samada dia menipu atau tambah-tambah cerita. Hasilnya dalam 5 orang manusia 4 orang sahaja yang suka bercakap bohong dan tambah cerita dan yang selebihnya tu semuanya bercakap benar.. ramaikan cakap betul dalam dunia ni? Aku pun salah seorang dalam 4 orang tu. Hahahha… aku ni Raja Kencing pensyarah terutama sekali masa dating lewat kuliah (nak ubah). Allahyarham P.Ramlee pernah meluahkan mesej tersirat tentang tabiat manusia yang suka menipu ni , apa katanya dalam filem madu 3 ? “ tipu sunnat bapak”… ingat tak dialog ni? Memang dari dahulu lagi manusia ni tabiat memang akan menipu.
Tutup jap cerita pasal lidah tapi ada kaitan jugak dengan lidah , aku sebenarnya memang tak suka betul kalau orang ni berlagak bila bercakap. Bukan main berlagak je cakap , semua dia cakap nak gred A belaka , terutama bila cerita pasal tempat sendiri. Menyampah kadang-kadang tapi buat tak tau je la. Biasanya menda macam ni terjadi kalau korunk berada dekat IPT macam aku ni. Haiiyaaa.. mala bukak bukak celitaa ooo…takut ada yang belasa maaa J . Tapi aku nak berita juga satu cerita tentang sorang mamat ni , dia dah la masuk intake last .(STOP ) malas cerita…hahahhahaa…lidah semua tu… haiyyaaaaa~ Baiklah , ini sahaja coretan pendapat , renungan untuk dikongsi dalam blog Insan Weird kali ni.
0 comments:
Post a Comment