
Aku minat la juga dalam politik ni tapi aku tak obses untuk berpolitik terus sehingga berpecah dan bermasam muka sesama bangsa. Pandangan aku pasal politik , politik ni banyak retorik , semua benda boleh jadi haru biru. Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini dek kerana tsunami politik ? bangsa Malaysia berpuak-puak macam zaman arab jahiliah ketika dahulu , bencana dipolitikkan , jenayah dipolitikkan , seksualiti dipolitikkan , agama diperdagangkan dan banyak lagi la. Aku sebagai generasi muda melihat politik sampai naik keliru dengan fakta semasa yang dipolitikkan juga. Yang hairan bin ajaibnya , setiap perkara yang terjadi semua disandarkan dan bertuding-tuding jari menuduh sana sini yang bersalah. Agaknya , Malaysia ini sebuah Negara yang tidak akan ada masalah sekiranya politik disatukan. Persoalannya “adakah kita perlu berbalik kepada pemerintahan monarki seperti dahulu?”. Minda masyarakat kita bebas tetapi perlu disekat untuk berhujah dengan perlembagaan. Kenapa dan mengapa ini berlaku? Takut menyentuh sensitiviti puak penyokong dan pemimpin politik tertentu. Aku bukan nak salahkan sesiapa , tetapi saya melihat kecelaruan yang bakal berlaku terhadap anak remaja suatu ketika nanti. Setiap laporan yang disiarkan akhbar television dan sebagainya berkisar tentang politik sampai banjir pun nak dipolitikkan.
Baiklah , jalan terus dan malas nak pusing sana sini tentang tajuk kali ni. Gerasi muda dan mentah sebaya macam kita ni runsing nak pilih mana satu. Yang sedihnya ada la beberapa kawan yang suka berpolitik. Bukan main dengar ceramah agama ditambah pula dengan politik siap bertakbir dengan kuat tapi lepas tu masuk 7e beli kondom kemudian projek. Dalam handphone penuh mesej-mesej lucah dengan perempuan-perempuan melayu terakhir. Berkenalan dalam facebook semua tu. Soalan saya untuk mereka ini. Adakah mereka ini memperjudikan dan mecemarkan sebuah perjuangan agama? Atau salah konsep pemimpin yang menjadikan agama untuk diperdagangkan demi politik? Atau , bukan salah pemimpin tetapi salah pengikut-pengikut tertentu. Kita nak berdiri teguh dalam tentera perjuangan agama kena kita persiapkan diri dahulu. Bukan mencemar perjuangan yang murni. Kalau cerita bab politik ni memang semangat sedikit..hahahahhaha… aku ada beberapa soalan untuk dilayangkan buat sesiapa sahaja yang boleh menjawabnya J .. yang mana satu pilihan tepat untuk kita pilih? Dan macam mana nak pilih parti politik yang terbaik? Atau kita perlu menjadi kaki ampu semata-mata? J BERFIKIR MATANG DALAM MEMBUAT PILIHAN….DEMI SURVIBVAL BANGSA J
0 comments:
Post a Comment