
KaHwinnya seorang kakak umpama kehilangan seorang ahli keluarga. Namun tidak perlu dipatahkan semangat untuk terus menghampiri sebuah kebahagiaan. Bercerita tentang seorang kakak aku masih ingat saat ketika beliau diijabkabulkan. Air matanya seolah-olah mahu menceritakan betapa berat dan sayangnya untuk meninggalkan keluarga. Aku percaya ikatan persaudaraan itu takkan putus umpama air yang mengalir apabila dicincang tetap mengalir. Tanggal 10hb jun 2009 jam 10.00 malam kakak ku selamat diijabkabul. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Esoknya pula adalah kenduri besar-besaran dan persandingan yang penuh gemilang. Sedih juga aku ingin melepaskan seorang kakak yang kita sayang. Maklumlah kami sudah bersama-sama membesar dan perah merasai kesusahan bersama-sama keluarga. Yang paling manis apabila melihat kedua orang tuaku kelihatan begitu terseyum lebar apabila berpuas hati dengan menantu yang diterima mereka. Abang iparku seorang yang tegas dan penyayang. Orangnya begitu bertanggungjawab. Kini kebahagian sudah menjadi milikku melihat kebahagian kakak yang disayangi kejinjang pelamin dan doaku semoga berbahagia keanak cucu.. Cayukk cayuukk....
0 comments:
Post a Comment