Saudara Saudari

KEciWa


Sistem pentadbiran IPG kadangkala mengecewakan. Terpaksa kami semua keluar daripada menghuni asrama yang disediakan disebabkan oleh ambilan PPiSMP yang baru. Senarai nama pelajar baru masih lagi tidak dikeluarkan sehinggakan para warden terpaksa mengeluarkan satu list nama yang panjang untuk mengeluarkan pelajar. Namun kesukaran yang timbul bukan sahaja untuk mencari rumah tetapi apabila kita sudahpun membayar wang deposit namun masih lagi kenyataan oleh warden untuk mengambil semula pelajar masuk semula untuk tinggal dikolej kediaman. Namun tidak dapat kami salahkan pihak pentadbiran kerana tindakan mereka. DI IPKB hampir kesemua umpama mogok keluar daripada asrama dan tidak mahu untuk kembali tinggal di asrama. Bukan apa.. alasannya mudah kerana kita sudahpun mengeluarkan duit deposit dan banyak perbelanjaan sudahpun dikeluarkan. Saranan saya supaya pihak berwajib menyediakan dana untuk pembangunan asrama sewajarnya. Hal ini, adalah rasional latihan pendidikan guru perlu diberi perhatian yang begitu ketat bagi melahirkan graduan guru yang berkualiti. Saya Juga beranggapan tidak ada langsung kelebihan tinggal diluar, mungkin para guru pelatih akan terjebak dengan pelbagai gejala yang lebih merbahaya. maklumlah persekitaran sekeliling bukannya seperti dahulu. Set pendidikan yang hanya bersifat di dalam kelas sahaja bukannya sesuatu yang baik untuk latihan perguruan. Bakal guru perlu didedahkan dengan ikatan peraturan agar dapat disebatikan di dalam kehidupan. Cadangan ini hanyalah sebuah luahan hati. Bagi saya guru pelatih perlu lebih cekal dalam mengenal kehidupan agar tidak mudah terpesong walaupun tinggal diluar. GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARA

0 comments: