Saudara Saudari

BiLa AdA HatI


Kenapa sesukar ini perjalanan hidup ini. Mahu berteman tetapi tidak ada yang sudi kalau bersudi mungkin segan silu. Apakah salah dan dosa. Puas sudah aku memujuk hati untuk mentafsir diri yang sebenar dan menjadi diri sebenar. Adakalanya aku ditikam dengan cerita lama hingga melukakan jiwa namun aku membuat diri ini seperti sedar dalam mimpi yang penuh khayalan. Teman andai ini takdir terhadap diriku , tak mengapalah aku terima dan mengalah kerana mungkin ini adalah balasan atas perbuatan lampau yang diluar sedarku. Aku cuba menghayati setiap bait sajak kepiluan hidupku ini. Iramanya cukup sadis dan pilu dan dendam serta amarah yang tak dapat lagi aku pendam. Maafkan aku kiranya kehadiranku ini membuat diri kalian semua terasa tidak selesa dan maafkan aku kiranya aku bukanlah teman yang ceria. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa dan tidak ada yang sempurna.

0 comments: