Ucapan selamat hari guru buat semua guru.Jangan hanya ucapan yang hanya meraikan tetapi ikhlaskan hati agar diberkati segala ilmu yang telah dicurahkan. Namun aku nak berkongsi sedikit pendapat mengenai ucapan dan sambutan ini. Kebanyakan kita hanya tertumpu kepada tenaga pengajar disekolah sahaja. Kenapa kita tak mengucapkan hari guru kepada ibu bapa kita yang mengasuh dan mendidik kita menjadi dewasa. Daripada tidak pandai bercakap kepada pandai bercakap , daripada merangkak pandai bertatih dan berjalan dan sebagainya. Kalau sambutan hari ibu penuh kontroversi dengan amalan sambutannya sempena hari salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars. Jadi apa salahnya hari ibu juga kita raikan dalam hari guru. Atau ada lagi konspirasi sejarah latar belakang sesebuah sambutan? Persoalannya mengapa baru sekarang kita sedar? Jawapannya dahulu kita tidak mempunyai medium seperti facebook yang ternyata lebih pantas menyampaikan maklumat. Ada untungnya juga disini peranan facebook. Aku tertarik dengan definisi pendidik kerana pendidik adalah orang yang mendidik yang digelar guru ataupun cikgu. Tidak pula terkandung definisi pendidik insan yang hanya mempunyai ijazah dalam pendidikan mahupun perguruan.Jadi secara kesimpulannya hari guru bukan hanya untuk cikgu disekolah tetapi untuk setiap insan yang mendidik , mengajar , membentuk dan signifikan sifat mendidik. Namun ini hanya sekadar pendapat. Terpulang bagaimana mengahayati sesebuah sambutan dan mendalami isi kandungan makna sesebuah perayaan dan sebagainya. Apapun sila tukarkan status dan berilah mesej dengan ucapan "selamat hari guru kepada ibu bapa yang mendidik saya menjadi manusia dan cikgu yang mengajar saya mengenal abjad dan sehingga pandai membaca dan insan-insan yang menjadi pedoman dalam kehidupan ini". Selamat hari guru..
0 comments:
Post a Comment