
Kenapa zaman dahulu , nenek dan atuk kita rata-ratanya kahwin muda? Nenek aku sendiri pun berkahwin ketika berumur 16 tahun. Kenapa perempuan digalakkan kahwin muda? Mengapa tidak lelaki yang berkahwin muda? Dari segi persepsi agama , perempuan mencapai akhil baligh yang awal , kira-kira umur 9 tahun pun ada yang sudah baligh dan tidak hairanlah perempuan cepat mencapai tahap kematangannya. Dalam Al-Quran juga menekankan , perempuan dikurnia 1 akal dan 9 napsu manakala lelaki hanya mempunyai satu nafsu dan 9 akal. Namun kita lihat rata-ratanya nafsu mampu menguasai kehebatan akal yang lebih dominan bagi kaum adam dan akal yang satu kadang-kadang boleh mengawal dominannya 9 nafsu yang dikurnia kepada seorang wanita. Tetapi apa yang terjadi pada hari ini. Gejala kahwin awal dek kerana nafsu serakah sebelum kahwin merajai jiwa dan akal manusia. Kalau dahulu kahwin awal untuk menjaga zuriat dan keturunan tetapi kini tidak lagi menjadi adat dan pegangan. Kewarasan akal kadang-kadang tidak lagi abdomen penting tetapi nafsu mengawal dan menguasai akal yang dikurnia. Hari ini kerjaya menyebabkan kita terikat untuk berkahwin awal kerana tempoh belajar itu lebih lama hingga mencapai tempoh kematangan yang betul tetapi selepas menempuh alam pekerjaan , cukupkah waktu untuk mencari calon? bagi lelaki memang berbaloi dan waktu yang sesuai tambahan akhir zaman ramai wanita daripada lelaki. Bagi perempuan? AWAS...lambakan andartu dan janda-janda muda disekeliling anda ..hahaha... ada yang menggoda , ada yang jual mahal , ada yang tak pandang langsung , ada yang mahu dibelai , ada yang mahu disunting terus sebagai isteri dan sebagainya. Dahulu kalau kahwin kebanyakannya pilihan keluarga , kini pilihan diri sendiri dan ada cerita perigi mencari timba. Takut golongan lelaki yang semakin kurang dipasaran. Yang lebih kecewa ada wanita yang demand , nak lelaki kacak macam Fahrin Ahmad , artis-artis lelaki korea dan sebagainya, sampai ketua pun tak jumpa calon. Kalau betul dalam dunia ni setiap rupa ada 7 iras wajah yang sama , itupun belum tentu boleh cari wajah bakal isteri atau suami persis artis pujaan masing-masing. Kenapa tidak melihat hati dan budi? Sedangkan itu lebih menjamin. Malaysia digemparkan dengan artis Ajai dan Nurul pasangan berduet dan suami isteri yang ideal kahwin muda akhirnya menemui keretakan rumah tangga , rebah dipintu mahkamah syariah , penceraian juga jalan buntu. Bosan? atau kahwin atas dasar nafsu? atau tiada jodoh? Sama-sama fikirkan jawapannya. Sebenarnya huraian ini bukan hanya menumpu kepada tajuk entry tetapi mahu anda berfikir sendiri kahwin muda ini sebenarnya bagus tetapi berkahwinlah atas dasar zuriat , amalan dan bukan berlandaskan nafsu. Kerana cinta itu buta, tak nampak kebaikan tetapi melihat kepada keburukan pasangan bila dah lama sangat..hahaha..maka benarlah pendapat bercinta selepas berkahwin itu lebih bermakna dan lebih nikmat berbanding sebelum berkahwin. Berkawan dahulu baru berkahwin dan jatuh cinta selepas kahwin. SEKIAN..
0 comments:
Post a Comment