Saudara Saudari

Mak aku pesan

Cuti dah habis..banyak benda yang dibuat waktu cuti..tapi most of time byk hbs depan tv..haha..xpecaya? g rumah kakak..duk dpn tv..kat umh pun dpn tv..g umah tok pon dpn tv...g kedai mkn pun ngadap tv..semua ada tv..tutup pendahuluan y sgt mengarut ni..

sekarang aku dah hidup hampir 22 tahun 3 bulan..kalau kira hari macam xtepat pulak..lagipun malas nak amik kalkulator atau amik lidi buat kira-kira..ermh..sepanjang hidup ni benda yang sentiasa main dekat kepala adalah pesan mak..Bila buat apa mesti ingat pesan mak..dan aku bangga bila org ckp aku anak mak sebab dengar cakap mak...sebab aku bersyukur kerana mempunyai seorang mak...korang xrasa mcm tu ker? antara pesan-pesan mak y paling melekat smp kedewasa ni ialah :
SEMAYANG JANGAN LUPA
BELAJAR RAJIN-RAJIN
DUIT TU GUNA JIMAT-JIMAT
JANGAN NAK GATAI KAWEN SELAGI XDA KERJA
JANGAN CAKAP BOHONG
TOLONG SIRAM POKOK BUNGA MAK ^_^ hehehe

Sebenarnya banyak lagi kot..tapi terlupa banyak..y ni jer duk melekat dlm kepala even dan besar panjang. Aku nak rumuskan..daripada aku dalam perut , xpandai berjalan , pandai merangkak , pandai berjalan ,sekolah tadika , sekolah rendah , sekolah menengah , sampailah sekarang kat insstt pengajian tinggi...yang mendewasakan dan mematangkan aku adalah "pesan mak" xkesahlah berjauhan , dlm sms n telefon sekalipun... Ada tak dalam sejarah orang y ingkar berjaya? Kisah si Tanggang , kena sumpah jadi batu sebb doa seorang ibu kerana anaknya menderhaka..So korunk pikir-pikirkanlah..sekalipun kita berjaya tetapi sekiranya tAnggungjwb seorang anak kepada ibunya masih lagi tidak sempurna , pasti kejayaan tu hanya seketika dan tidak seindah seperti duit berdozen-dozen...sekian tq...

0 comments: