Semua ada mulut untuk bercakap.Tapi biar berpada-pada. Sedih melihat rakan-rakan sebaya yang suka like page mengutuk dan mengkritik segala dasar-dasar kerajaan. Suara pemuda memang di dengar , tetapi anda suka melawan dan provokasi , sudah habis nilai wajaran sopan santun hormat yang tua serta pemimpin. Facebook Najib Tun Razak dipenuhi dengan sokongan pemuda tetapi malangnya anda semua telah membuka pekung kepada dunia kita sedang berada dalam ambang perpecahan. Sedarkah ? Segala maklumat page-page yang anda tekan butang "like" diterima dan dibaca data-datanya oleh pihak luar? Apatah lagi empunya adalah musuh yang suka menjatuhkan imej sesebuah negara. Kita sebagai pemuda , bukan hanya bercakap , mengkritik dan menyumpah tidak tentu pasal. Sedangkan anda lebih suka menadah telinga mendengar provokasi tak tentu hala. Kenapa tidak anda ambil sikap , saya rakyat Malaysia , saya mahu negara saya bersih , bermula daripada anda sendiri. Kita membetulkan pemimpin dengan cara berhemah , kadang-kala yang pucuk gayat melihat akarnya. Kita mengingatkan pemimpin dengan cara berhikmah sedangkan integriti sudah lama kita modulkan. Tetapi apa yang anda lakukan, membangkang? Baik pembangkang mahupun tidak, semuanya tidak berintegriti. Mengkritik dengan cara beremosi bukan nilai sikap integriti sebaliknya amalan ummat yang tidak sedar diri. Sepatutnya anda merapatkan saf kita dengan kepelbagaian budaya. Kita murnikan cara demokrasi kita dengan adab dan nilai etika kesusilaan. Belum lagi bertanya apa penghayatan anda sebagai rakyat Malaysia terhadap rukun negara. Cerita punya cerita , anda lupa bahawa anda tidak pernah melengkapkan diri anda sebagai rakyat jelata yang setia. Apabila disebut setia tidaklah semestinya anda seperti anjing buta , tetapi anda rasional dan profesional. Hari ini jangan kita lupa , anak muda sibuk isu naik minyak , bila ditanya , "hari-hari nampak online facebook , kamu kerja apa". Terus terdiam tersenyum-senyum tak kata apa-apa. Soal kerjaan kita yang memilih , semua orang mahu menjadi hebat , tapi apa usaha anda untuk menjadi hebat ketika diberi peluang berada di tempat belajar. Semua orang dasawarsa kini mahu menjadi rakyat yang makan suap , hanya menjalankan rutin harian peribadi tanpa mahu memikirkan kerja. Mahu hidup senang tetapi tidak mahu susah , bila susah mula merungut tak tentu hala. Kenapa tidak dipasakkan daripada remaja untuk mendirikan tiang asas sebelum membina mahligai kejayaan? Anda seharusnya menentukan jalannya. Kita lihat , berapa ramai anak muda kita sudah rosak binasa dengan gejala tak tentu hala? Ada yang mengambil kesempatan menuding jari penyebab masalah berlaku. Anda kira nisbah pemuda harapan bangsa dengan pemuda perosak bangsa? Salah siapa? Segala macam menda tak disahut , kalau disahut tak pernah disambut. Semua serba tak kena. Kita harus selesa dengan apa yang kita ada, kita bekerja bersama, kenapa perlu berbaur politik? Sedangkan demokrasi tidak pernah mendefinisikan kita perlu berpecah ada sekatan antara kita hari ini. Renunglah wahai anak bangsa , jangan hanya suka melihat dan mengkritik tak tentu hala. Kelak binasa seluruh pembangunan semula kejatuhan semangat kota Melaka. Tetapi anda semua harus sedar , anda semuanya lebih suka berita pembongkaran , samada ianya benar atau tidak , pernah anda analisis dan timbang tara? 500 lebih tahun kita dijajah , baru 55 tahun kita merdeka sudahpun kita mahu mengulang semula saat kita alpa dengan tumpuan luar menjatuhkan kita. Saya bukanlah berpihak mana-mana pihak, tetapi hanya risau dan bimbang KITA suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment