Saudara Saudari

memori PBS

PBS adalah singkatan bagi Program Berasaskan Sekolah dimana ia merupakan program yang wajib dilaksanakan para guru pelatih disetiap Institut Pendidikan.. Sekolah yang telah saya pilih untuk melakukan PBS adalah di SKS3..wow.. teruja juga apabila mula-mula sampai kesekolah. hari pertama tu awal-awal lagi dah bangun.. baju apa lagi dari semalam lagi dah digosok.. hehehe.. semangat mesti lebih bak kata en Azizi lecturer FP aku.. hari pertama memang hari yang tak dapat aku lupakan sebab dulu waktu bersekolah disini aku hanya duduk dalam barisan dan dibawah terik matahari dan kini aku sebaris dengan cikgu-cikgu yang pernah mendidikku.. yang pernah memukul pun ada.. tapi tak apalah kita maafkan saja.. Bayangkanlah debaran semakin terasa untuk menjadi cikgu semakin kuat sampai anak murid bagi salam panggil cikgu.. tak sangka la pulak, lagipun kerjaya guru ini tak pernah kuimpikan selama ini. Mungkin ini semua berkat doa mak ayah aku rasanya dan aku berbangga terhadap mereka iaitu mak dan abah aku.. Terima kasih mak dan abah... Apa-apa pun waktu menjalankan PBS tu aku telah berganding bahu dengan budak daripada kampus Darul Aman Kedah. Kawan sekelas lama yang telah 6 tahun tak berjumpa akhirya berjumpa di medan PBS ni. Satu lagi yang paling best dulu kena beratur dekat kantin nak beli makanan.. Kelakar rasanya ingat waktu sekolah dulu.. tapi sekarang ni makcik kantin yang sama tu pun terkejut juga waktu tu.. mana taknya , kami makan dekat tempat makan cikgu dah sekarang ni..hahahaha.. Baiklah.. ini sahaja perkongsian pengalaman aku untuk dikongsi..

0 comments: